Wednesday, 19 April 2017

Hikmatul islam sharing

"Kenapa dia tergamak buat begitu?
Saya tak boleh terima apa yang dia buat.
Saya rasa geram, kesal, kecewa, nak marah sangat.
Salahkah saya rasa begitu?"
Saya diam sejenak, memberikan dia ruang melepaskan segala perasaan.
"Tak salah pun apa yang awak rasa.
Awak manusia. Selayaknya rasa begitu.
Ya. Rasa sakit bila disakiti.
Sakit bila dikecewakan.
Sakit bila kita buat baik, orang balas dengan keburukan.
Sakit bila orang bermuka-muka baik, kemudian tikam dari belakang.
Sakit bila berjanji tapi dimungkiri.
Sakit bila tak dihargai dan tak disayangi.
Semuanya menyakitkan dan menghancurkan hati."
Dia membalas.
"Lalu bagaimana saya nak melupakan semua ini?"
"Sekarang cuba alihkan fokus awak kepada impian.
Cuba tulis 10 impian awak nak gapai dalam 5 tahun akan datang."
"Saya dah tiada impian. Semua sudah terkubur."
"Takpe, bina balik impian tu. Catit satu persatu impian baru.
Bila awak tulis, awak akan selalu pandang dan baca impian tu.
Lama-lama minda awak akan terfokus untuk bergerak ke arahnya.
Allah akan bantu berikan jalan bagaimana awak nak mencapainya."
Saya tahu dia tiada rasa lagi nak tulis benda sebegini.
"Cubalah awak. Putus asa pada manusia boleh, tapi jangan putus asa pada Allah.
Allah tak pernah tutup impian kita.
Betul awak kehilangan orang yang awak suka dan awak sayang.
Tapi kalau Allah sedang merencana untuk menggantikan seseorang yang jauh lebih baik dari itu, awak tak nak ke?
Ibarat awak nak ayam goreng, tapi Allah sebenarnya nak bagi Pizza yang enak.
Ibarat awak nak kereta Bezza je, tapi Allah sebenarnya nak bagi Marcedez Benz yang lebih class.
Ibarat awak nak rumah pangsa je, tapi Allah sebenarnya nak bagi rumah banglo mewah.
Tak nak ke?"
"Boleh ke dapat?" Dia bertanya.
"Kenapa awak rasa mustahil?
Allah kan maha kuasa. Yang hampir mati pun boleh sembuh apatah lagi awak."
"Tapi bagaimana saya nak lupakan semua ni? Saya tak boleh lupa apa yang mereka buat jahat."
"Saya pun tak boleh terima.
Kalau nak fikir dengan akal, nanar kita kenapa la manusia ni ada yang sanggup buat jahat.
Tapi saya fikir begini je.
Hidup ini sekejap sangat.
Orang jahat rasa hidup di dunia ni lama. Sebab tu dia berani buat kejahatan.
Jahat ke, baik ke, bukankah semua akan mati menghadap Allah?
Semua akan diadili. Semua akan dapat keputusan.
Bila Allah putuskan masuk ke neraka, manusia nak cakap apa?
Tak boleh cakap apa dah, tak boleh sesali dah.
Nak nangis raung-raung sekarang boleh lagi.
Nak sedih, nak marah ke kat dunia je.
Tapi lepas ni tak boleh dah.
Kena terima dihumban ke neraka pedih sakit menjerit melolong tu.
Setimpal dengan kejahatan yang dilakukan.
Namun cuba bayangkan kalau Allah cakap kita terpilih ke syurga sebab tingginya sabar dan sudi memaafkan apa perasaan kita?
Gembira tak terkata.
Menang besar.
Dah hilang terhapus semua rasa sedih dan kecewa disakiti.
Sebab itulah ganjaran paling agung.
Di syurga ni hidup selamanya.
Takde keluar-keluar dah.
Subhanallah.
Fikirkanlah akhirat.
Fikirkan keampunan Allah jauh lebih besar.
Fikirkan keadilan Allah jauh lebih bijaksana menilai segala amal kita.
Fikirkan ganjaran Allah jauh lebih hebat dari penilaian manusia."
"Allahu....susah awak...."
"Betul susah sangat.
Bawalah hati awak untuk Allah.
Akan Allah rawat penuh kasih sayang.
Allah akan bantu.
Allah akan tolong orang yang benar-benar beriman.
Allah akan bimbing hati menerima setiap ujian dengan sabar dan redha.
Allah menguji kita semua untuk melihat siapa yang paling terbaik hatinya.
Mampu memaafkan walau disakiti.
Mampu mengikhlaskan saat melepaskan."
.
“Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka itu orang-orang Shiddiqien dan orang-orang Syuhada (yang menjadi saksi) di sisi Tuhan mereka.Bagi mereka pahala dan cahaya mereka.
Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni neraka.”
(QS. Al-Hadiid[57]:19)
.
"Ya Allah, Jadikan kami termasuk orang-orang Shiddiqien yang benar iman kepada-Mu.
Bantu kami untuk redha dan ikhlas menjalani semua ujian-Mu. Amin."

#Sudikanshare
#TuhanAkuPerlukanmu

For Order buku Hikmatul Islam wassep www.wasap.my/60108684900










Copy& paste FB: Hikmatul Islam. 
Share2









No comments:

Post a Comment