Monday, 31 October 2011

AdA YAng sAkit HaTI?? So boleh la GuNa tEorI nih OK

 HOW TO HANDLE "SAKIT HATI" pada KAWAN


  • Hari ni aku nak share teori baru yaang aku cipta sendiri. sapa nak ikut silakan...kalau tak suka..lupakan.. Tajuk entry kali ni adalah cara-cara nak handle perasaan sakit hati kt kawan kita. bunyinya macam formal dan membosankan tapi perluu untuk dibaca. nak-nak pulak kalau anda memang tengah sakit hati dengan kawan anda.hahaha,.,Pendam lebih selesa disimpan rapi di dalamnya. Akibatnya..hati sakit.ambikk!!!!!

TEORI 1 : GiVE a BIG SMILE kepada kawan anda yang sangat suka menyakitkan hati tu. hey!! tak tau ke cara nak senyum tu. meh sini nak tunjuk cara senyum yang betul dalam mengatasi manusia yang sangat menyakitkan hatii tu.  Relevan teori ini adalah si dia akan berasa sangat pelik melihat kita tersenyum sedangkan dia merasakan dia cuba menyakitkan hati kita? lalu dia mendefinisikan kita sebagai GILA. bagus apabila teori ini digunakan kerana selepas ini tiada lagi orang yang berani cari pasal dengan orang gila seperti anda.hahaha..selamat mencuba!!!








TEORI 2 :  KETAWA kuat-kuat.. Teori ini sangat mudah. tiap kali anda rasa bengang dengan orang itu anda perlulah ketawa kuat-kuat seperti ini. "HA HA HA". Okey, sila ketawa sekali lagi. "HA HA HA"..yeahh..begitu caranya. Bayangkan saja si dia yang menyakitkan hati anda itu seperti badut yang sedang berlawak. tukarkan saja benda yang menyakitkan hati itu seperti menonton raja lawak. Setel!.hahahaha..






TEORI 3 : SABAR dan POSITIVE. yang ni teori yang aku ambik dari mak aku yang bernama Pn.Aida Muhammad. Beliau selalu pesan dengan aku..SABAR dan always positive. Seriously, sangat berkesan cara ini.



TEORI 4 : Anggap saja si dia yang suka menyakitkan hatii itu seperti kanak-kanak 3 tahun yang mahu dilayan selalu. hmm..layan jela..

okey, CAKAP MEMANG SENANG NAK BUAT MEMANG SUSAH.

MOHON PADANYA MOGA HATI MENJADI TENANG.AMIN...

          

Sunday, 30 October 2011

Kenalan, Kawan Atau Sahabat yg mane satu pilihan anda ????


Sekadar bacaan dan renungan bersama... Apa pendapat kalian?... Adakah anda akan menganggap seseorang yang anda kenali itu sebagai seorang kenalan, kawan atau sahabat??...

Setakat mana janji anda pada sahabat anda?... Sudahkah anda menunaikan janji tersebut?... Fikir-fikirkan...


  • Sepanjang perjalanan hidup kita selaku manusia, kita berpeluang berkenalan dan mengenali banyak orang. Orang-orang ini pada amnya dapat dikatogeri kepada tiga kumpulan : Kenalan, Kawan dan Sahabat...



1. Kenalan (Known):-
Orang-orang ini adalah mereka yang kita kenali nama atau ingat nama mereka namun kita tidak rapat dengan mereka. Perhubungan adalah berputar sekitar "Hai atau Hello..." lalu berjabat tangan dan bersoal-jawap beberapa soalan dan meminta diri. "Wak, minta maaf, saya ada urusan... Sampai jumpa lagi... Ok, bye..." Pendek kata, kita saling mengenali tetapi tidak rapat dan tidak merasa apa-apa meskipun tak berhubungan sekalian lama. Kerana mereka tidak mempangaruhi dan tidak menyentuh hidup kita. Tidak ada kerinduan untuk bertemu. Tapi kalau terjumpa secara tiba-tiba berteguran juga. Namun tidak dapat bercerita panjang. Macam mau cepat-cepat pergi saja dengan alasan ada urusan. Rasa seperti tidak enak bercakap lama-lama. Kalau dibawa pergi makan dan minum pun tidak mahu. Pasti menolak dengan alsan sudah "baru juga makan dan minum nii..." Inilah yang dikatakan orang-orang yang kita kenali namun tidak rapat. Tetapi bagi orang-orang yang tiba-tiab kita jumpa dan mereka masih mesra dengan kita, mereka inilah yang dikatakan kawan atau "Companions".


2. Kawan (Companions): -
Mereka ini adalah orang-orang yang bersama-sama dengan kita terutama sekali semasa bersekolah, atau menuntut di pengajian tinggi atau sama mengikuti kursus atau latihan untuk suatu aktiviti. Malah sama sama membesar dan bersukan seperti bermain bolasepak. Dimasa-masa tersebut kita rapat sekali tetapi bila dah tamat sekolah, atau pengajian atau kursus dan masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan kehidupan sendiri maka perhubungan itu menjadi renggang. "Lost contact" dah. Walau bagaimana pun kalau terjumpa dikedai atau dimana-mana pasti panjang cerita. Disamping meluangkan masa untuk makan dan minum. Inilah yang dikatakan kawan. Pendek kata, jarang-jarang berjumpa tetapi kalau tiba-tiba berjuma pasti ramai juga! Kisah-kisah lalu terungkit kembali. Kisah yang manis dan lucu pasti menjadi bahan percakapan. Tapi apa yang jelas ialah kawan biasanya tidak "keep in touch" dengan kita. Tetapi bagi beberapa orang yang "stay in touch" dengan kita meskipun pun tak selalu tetapi mereka tetap bertanya khabar sekali-sekala, orang-orang seperti inilah yang dikatakan Sahabat atau "Friends."


3. Sahabat (Friends): -

Orang-orang yang kita kenali dari dulu lagi sampailah sekarang. Meskipun tak selalu berjumpa tetapi rapat. Kalau ada apa masalah seperti merekalah yang kita cari dan mereka sedia membantu. Dan kalau ada keramaian seperti perkahwinan mereka pasti kita jemput. Walaupun tidak selalu bertemu namun sekurang-kurangnya ada beberapa kali bertemu didalam setahun. Misalnya pada hari-hari perayaan. Mereka pandai datang sendiri ke rumah atau tiba-tiba muncul dihadapan rumah kita. Kalau berjumpa pasti panjang sekali cerita dan makan bersama. Mereka ini kalau mendengar kita ada masalah besar mereka pasti datang dan memberi bantuan meskipun kita tidak meminta. dan mereka ini juga tidak meminta-minta daripada kita. Mereka iklas dan jujur didalam persahabatan. Inilah yang kita kenali sebagai sahabat sejati atau "best friend."

Memang banyak sekali orang yang kita temui didalam hidup kita. Namun bukan semua orang boleh dianggap sebagai sahabat. Sebenarnya kebanyakan yang kita kenal sekadar menjadi kenalan dan kawan sahaja. Walau bagaimana pun, samada seseorang itu sekadar kenalan atau kawan atau sahabat, perkara ini terserahlah kepada kita untuk menilai orang-orang yang kita temui didalam hidup kita. Namun kalau kita telah berjanji kepada seseorang bahawa kita akan menjadi sahabatnya selama-lamanya maka kita ada kewajipan untuk membuktikan janji kita ini. Jangan hanya manis dimulut sahaja tetapi dihati lain-lain. Pendek kata, bersahabat biarlah selama-lamanya dan paling penting, dengan hati yang ikhlas...


-Ekin Aresikin- note 

Friday, 28 October 2011

Ye...ye mynephew BOY

salam ...today nk story sal mynephew yang baru lahir pada 28/10/2011 jam 12.10 am, semlam jam 10.00 mlm pg HUKM my sis dh sakit nk bersalin, tp duk tahan2 dari petang lg mlm 2 bergegas p HUKM sampai2 kt kecemasan kena tahan pas2 kena bawak masuk DEWAN BERSALIN jam 11.30pm, tunggu punye tunggu ngan my mom sampai jam 12.10 abg ipa kuar bg tau dh selamat baby boy dengan berat 3.63 kg wauuuu.....besar kan maklum lah baby boy hihihiihii.....saya sangtt gumbira degan kelahiran baby baru and bertambah la ahli keluarga k.a.m.i (^_*) jam 3 pg baru sampai umah sangtt penatt tp happy day 4 me >_< , ok name wt masa skrg xada lg, tengah mencari tp ada la 2 3 name yg terpilih antaranya IBNU HAIKAL, HARIS HAIKAL, AHMAD HAIKAL yg pasti nk nama HAIKAL hihihi...name 2 ibu die dh lame pilih sebenarnye cuma nak tambah kasi cantik ckit name 2 masih lg mencari ha....nih ada pic mynephew yg comel lg gebu yuhoooo.....:) 
baby boy 3.63 kg 

Friday, 21 October 2011

keliru dengan perasaan M.A.R.A.H

bila marah mesti rasa stress
bila marah hati xsenang 
bila marah semua org xkena di mata  
bila marah rasa nk tampar org
bila marah rasa nk tumbuk org 
bila marah rasa nk buat muke bengan je
bila marah nk nagis je
bila marah akan jadi pemurung 
bila marah akan  jadi geram
bila marah org yg xda kena mengena akan terima akibatnya 
bila marah xdapat kawal pasaan 
bila marah muke akan jadi merah 

Dan bila marah terlampau mungkin jugak akan jadi pendiam dan akan pendam perasaan bengang tu, tp cubalh bersabar ingat ALLAH s.w.t, tenangkan hati, lapangkan dada & berfikir secara positif insyallah.....muhasabah diri fikir dlu sebelom bertindak e2 yg lebih baik, amin hope can do like this >_<



Tuesday, 11 October 2011

ALANGKAH INDAHNYA HIDUP INI

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...