Thursday, 13 December 2012

sentiasa ingat ALLAH S.W.T



Kadang kala kita sebagai hamba Allah bila di uji dengan sesuatu benda yang besar atau berat baru rasa nak dekatkan diri pada dia, tapi sebelum di uji dan rasa senang sikit kita seperti lalai dan lupa diri seperti dunia ini hanya kita yang menguasai sedangkan pada hakikatnya Allah s.w.t yang berkuasa atas segala-galanya.... dan
kita juga tidak sedar akan perubahan di sekeliling kita, manusia ni sentiasa alpa dengan kehidupan tanpa sempadan bila nafsu menguasai diri seseorang, saya sebagai hamba Allah hanya mampu berdoa dan berserah diri bila sesuatu benda yang tidak di jangka atau ertikata lain bila ada musibah yang berlaku pada diri kita......dan hanya Allah s.w.t tempat yang paling utama dan tepat kita akan meminta petunjuk dan hidayah darinya untuk mencari jalan peyelesaian.... Oleh itu kita haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari ini dan sentiasa muhasabah diri supaya kita tidak lalai dan lupa diri apabila di timpa musibah atau dugaan,  supaya bila terjadi sesuatu kita boleh hadapi dan boleh menerima qadar dan qadanya.... saya sebagai saudara sesama islam hanya mampu memberi peringatan kepada diri saya dan juga sesiapa yang terbaca ini, moga mendapat sedikit pengajaran dari apa yang saya cuba sampaikan in sha allah amin (^_^)

p/s : Moga-moga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah Swt.....

No comments:

Post a Comment