Sunday 4 December 2011

bisik- bisik gelora by FAUZIAH ASHARI

SALAM....ok mood novel kan...seterusnya aku ada baca novel terbaru tulisan fauziah ashari setelah sekian lame menyepi.....pmjam dari kawan jugak ok novel ni aku suka jalan cerita die lain dari yang lain cikit kira xda la bosan baca ni ak nk share sinopsis die, nak tau sebab aku cakap jalan cerita die lain...hurmmmmm sebab hero dia dalam cita ni pada mulanya seorang penjenayah and bekas  banduan so e2 lah yang lain sikit dari pada kisah2 yang sebelum ni banyak tentang hero kacak anak kaya lah hurmmm mcm2 lah tp kali nih berbeza la ckit.....lau nk tau lg cuba baca sinopsis die......


5 star besttt!! 
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.
Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.
Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad? 

No comments:

Post a Comment